Jumaat, 12 Disember 2014

Peniaga, Berhenti Menghina Orang Makan Gaji

 gambar hiasan je ni
Salam,

korang perasan tak, tak tahu lah kalau korang tak perasan sebab aku perasan. Kat FB aku melambak dan boleh kate selalu ade SEGELINTIR golongan peniaga atau kononnye businessman yang menggunakan ayat2 yang tak Rare untuk dibace. Antarenye ade yang menyamakan orang yang makan gaji sebagai hamba, kuli, pemalas,  memperbodohkan diri bekerja bawah orang, sampai bila nak jadi kuli, sampai tua tak kaya-kaya, buang duit belajar tinggi2, bla bla bla...banyak lagi

ok. kau kaye..so?? ok abang abang kakak kakak yang suke post2 bende2 macam tu, Aku tau kau tengah sangap nak cari duit, kau success, kau nak berniage tapi tak perlu post dengan cara begitu. aku lebih prefer ayat2 yang memberi motivasi, semangat bukannye yg menjatuhkan. Aku paham dan aku tahu sumber rezeki dan kekayaan terbesar adalah dengan Meniage. kami faham dengan living cost yang sangat tinggi sekarang makan gaji memang tak cukup. Semue orang tahu tu. Tak bermakne kami yang makan gaji ni bodoh. kami tahu. semua orang ade perancangan sendiri. Ada yang makan gaji dan dalam masa yg sama berniage juga termasuk aku. ada yang makan gaji kaya juga, tapi aku belum termasuk lagi dalam kategori nilah.  hahaha, 

Aku cuba ambil bende tu sebagai sesuatu yang positif dan cabaran. Setiap orang ada perancangan sendiri, plan dan strategi sendiri. Mungkin masa belum tiba. Mungkin ada yang makan gaji nak kumpul duit buat modal dulu. Ada yang nak cari pengalaman dulu, nak memahirkan diri dalam dokumentasi, perancangan dan perlaksanaan. Semua orang ada niat ke arah perniagaan. Nak berniga berniaga lah, duit kau, kau yang kaya tapi tak perlu menggunakan bahasa2 yang menjatuhkan golongan yang kalian anggap "kuli" ni. kami paham bende tu!! tak adelahlah sentap mane cume tak berkenan dengan konsep menjatuhkan kaum aku.

Aku pun sedang meniage juga, cume tak asyukk je lagik....hahaha. Satu hari nanti aku pun akan stop makan gaji dan buat perniagaan sendiri. cuma nak memantapkan diri dulu. Aku cakap ni untuk Segelintir je, bukan semua. kang semua peniage bamboo aku kat sini pulok. hahah

Tiada ulasan: