Isnin, 15 Disember 2014

Kesilapan dan kegagalan adalah bukti kita telah mencuba




Salam geng. Jom kita bercerita tentang topik yang lebih serius sedikit hari ni. Kawalan minda, Emosi dan Keadaan Sekeliling adalah antara buah dadu yang sering mempengaruhi percaturan hidup. Percaturan yang akan membawa kejayaan atau kegagalan. Keputusan kita yang buat. Hasilnya kita yang dapat. Berjaya, kita akan senyum gembira. Gagal ??? Kegagalan berpunca dari kesilapan yang dilakukan tetapi bukan kah gagal itu juga menunjukan kita telah mencuba ? Kesilapan itu adalah guru kita.

Aku teringat dimana aku setahun yang lepas. Aku teringat dimana aku 5 tahun lepas. aku teringat dimana aku 10 tahun lepas. Ya, itu usaha & keputusan yang aku ambil, dan disini aku sekarang. Di satu tahap yang aku rasa belum cukup. Belum cukup untuk memuaskan hati. Bermakna ada kesilapan disitu.

Kecewa? Menyesal? Itu hanya mainan perasaan. ianya perkara biasa. Bukankah itu hasil dari keputusan yang "pernah" kita ambil? itulah hidup namanya. Seperti yang aku pernah laungkan sebelum ini, "Aku Bukan Pemain Catur Yang Handal". Pengalaman. Ya, inilah dinamakan pengalaman. Pengalaman yang akan mendewasa kan kita semua. Pengalaman yang akan membawa kita ke satu tahap yang berbeza. Pengalaman yang akan membakar jiwa untuk pergi ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tarik nafas panjang, Ini hanya hari yang malang, bukan kehidupan yang malang. Senyum, hari esok insyallah masih ada. Didepan sana masih banyak peluang & kejayaan yang menunggu. Pilihan ditangan kita cuma cara, minat & matlamat kita berbeza.

Semoga berjaya kepada diriku dan juga kepada pembaca semua...

p/s: Perancangan untuk 2015 sudah ada. Masih ada baki 5 bulan setengah untuk mencukupkan dana. Tiada apa yang mampu aku buktikan sekarang, cuma aku sedang mencuba ke arah ITU. 
 

Tiada ulasan: