Selasa, 30 Disember 2014

Encik Bonus Tolong Muncul


 gua serabot !!

Salam geng, ape story brader-brade & sista sista semua? aku dekat kedai mamak, tengah menyiapkan kerje opis yang tercicir. ok, semalam pagi aku kene turun site, buat site survey kat subang dengan kontraktor, lepas tu lunch, cari beg duit adik aku yg hilang dekat mall, malam pergi hantar adik aku ke rumah kak ngah dekat wangsa maju, then balik, ambik adik aku sorang lagi dekat IOI and finally, collapse..ha3

dah 2 3 hari sebenarnye badan rase tak sedap, semalam lagi heavy, badan panas dari dalam dan aku pun tetido. demam sikit je. ni pun ade rase tak sedap badan lagi tapi aku gagahkan diri juga nih. malam tadi pun terjage sebab terdengar suare menyeru-nyeru name aku. rupenye si dak Arm atau nama pena beliau Dato' Meon memakse aku telan panadol. trimass bro, gua appreciate sgt dan lepas tu aku tak tau ape jadi.

ok, dengar nih! Encik bonus, kau tolong muncul segera. Bukan lagi berharap, aku memang NAK. hahaha. Aku tengah serabot ni, bulan ni banyak pulak komitmennye. aku tak bagi tau kan aku kene service kerete, buat major lagi. aku tak bagi tau kan aku nak pindah umah baru. aku tak bagi tau kan aku nak kene bayar duit ansuran kerete. oh aku aku tak bagi tau ek aku nak beli rumah dan Bank mintak RM500 untuk bukak akaun dan tambah lagi RM350 untuk wasiat Amanah raya? Ye, aku lupe bagitau aku kene bayar duit telephone, duit sewa rumah, adik aku nak sekolah, adik aku nak masuk belajar, nak pergi bercuti ngan family hujung bulan, nak pergi outstation. oh tak lupe duit bulan tuk mak abah..yg ni terpakse skip dulu.hahaha tak termasuk belanje harian, duit minyak bla bla bla...wow sikit kan. :P

untuk si bujang yang gaji suam-suam nih, kemunculanmu En Bonus sangatlah dinanti-nantikan. walaupun ianya rumors atau gosip tapi aku harap betul. kalau x masak aku weyh, dan jangan sesekali kau tanye aku kenape aku puase lepas ni sebab tak pasal-pasal kaki ni hinggap kat muke kau !! 

pulak !!!

Sabtu, 27 Disember 2014

2014 Bakal Melabuhkan Tirai


Salam Geng, sebelum aku teruskan entry jom kita sama2 doakan semoga mangsa banjir di negeri2 terlibat berada dalam keadaan baik dan semuanya selamat. Pada yang mampu bantulah apa yang boleh. ok, sorry seminggu gak tak update blog. busy lah sangggatt..booooooo . Tak ade bende nak cerite. wow, 2014 dah nak habis..so ape plan korang? seronok dengan 2014 ?Aku, I'm not that happy. but I've learned something and of course korang tak akan dapat bende tu dekat shopping mall.

Aku, move on just like everyone else does. btw, hidup ni mencabar kan? ade seronok, ade perit, ade best, ade yang x best, ade moment rase macam nak terjun dari tingkat 16, ade masa rasa macam nak lari jauh, ada masa rasa nak duduk dalam gua, ada masa korang rasa WOW rare nye hidup ni.

Life ni tak best kalau tak ade dugaan, cabaran atau perkara yang membebankan kepale hotak kita. Dengan adenye bende2 ni kita akan lebih kenal siape kita, mane tahap kita, apa yang kita capable untuk buat, siapa yg akan ada untuk support kita dan sedikit sebanyak akan mematangkan kite.

Banyak bende dah jadi, tapi macam biase kite kene??? senyumlah samdol !!! slow lah korang ni..hahaha ape-ape pun kite kene belajar. Aku sentiase cuba meletakan ape saje kesilapan atau kesalahan ke atas diri aku. sebab kadang2 kita tak sedar tindak tanduk kita yg menyebabkan bende2 tak sepatutnye terjadi. tak ada siapa yang perfect dan aku cube perbaiki diri.  Aku dah melepaskan orang yang aku sayang supaya dia dapat kebahagian dia sendiri. Jika itu yang terbaik. Sakitnya memang x ingat, tapi tak semua bende akan jadi milik kita. kan ??

i just can't wait for 2015. Banyak bende aku nak buat & aku nak achieve. Aku pun akan move ke rumah baru tak lame lagi. start a new life,  new spirit and lupekan semue yg kenangan yang x rare.. kot rajin besok aku share ape kegagalan aku di tahun 2014. ok, cun, gua caww dulu bebeh !!


Isnin, 15 Disember 2014

Kesilapan dan kegagalan adalah bukti kita telah mencuba




Salam geng. Jom kita bercerita tentang topik yang lebih serius sedikit hari ni. Kawalan minda, Emosi dan Keadaan Sekeliling adalah antara buah dadu yang sering mempengaruhi percaturan hidup. Percaturan yang akan membawa kejayaan atau kegagalan. Keputusan kita yang buat. Hasilnya kita yang dapat. Berjaya, kita akan senyum gembira. Gagal ??? Kegagalan berpunca dari kesilapan yang dilakukan tetapi bukan kah gagal itu juga menunjukan kita telah mencuba ? Kesilapan itu adalah guru kita.

Aku teringat dimana aku setahun yang lepas. Aku teringat dimana aku 5 tahun lepas. aku teringat dimana aku 10 tahun lepas. Ya, itu usaha & keputusan yang aku ambil, dan disini aku sekarang. Di satu tahap yang aku rasa belum cukup. Belum cukup untuk memuaskan hati. Bermakna ada kesilapan disitu.

Kecewa? Menyesal? Itu hanya mainan perasaan. ianya perkara biasa. Bukankah itu hasil dari keputusan yang "pernah" kita ambil? itulah hidup namanya. Seperti yang aku pernah laungkan sebelum ini, "Aku Bukan Pemain Catur Yang Handal". Pengalaman. Ya, inilah dinamakan pengalaman. Pengalaman yang akan mendewasa kan kita semua. Pengalaman yang akan membawa kita ke satu tahap yang berbeza. Pengalaman yang akan membakar jiwa untuk pergi ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tarik nafas panjang, Ini hanya hari yang malang, bukan kehidupan yang malang. Senyum, hari esok insyallah masih ada. Didepan sana masih banyak peluang & kejayaan yang menunggu. Pilihan ditangan kita cuma cara, minat & matlamat kita berbeza.

Semoga berjaya kepada diriku dan juga kepada pembaca semua...

p/s: Perancangan untuk 2015 sudah ada. Masih ada baki 5 bulan setengah untuk mencukupkan dana. Tiada apa yang mampu aku buktikan sekarang, cuma aku sedang mencuba ke arah ITU. 
 

Ahad, 14 Disember 2014

Tersadung

Salam..Hai kau, kau dan kau yang sedang membaca. 
Ahad yg suram, hujan lebat dekat luar, terkurung dalam kotak, tahap kebosanan yang maha tinggi. bukan aku sorang, si Arm Meon pun terase impak kebosanan ni jugak. Bak kate beliau, macam duduk dalam penjare. hahaha

Hey kau, kau, & kau,
Memandangkan kau telah pun membuat keputusan untuk membace blog ini, bermakna kamu ketagih ingin tahu setiap perincian apa yang terjadi pada aku bukan?

ok, kau tahu, kelmarin aku tersadung dekat kaki 5. Nasib baik tak ade orang nampak, kalau tak, malu tahap gaban le jawabnye. Hasilnya lutut aku membengkak dan peritnye bagai dicucuk cukuk dengan anak panah. tapi aku gagahkan juga diri bekerje untuk mencari sesuap nasi. Kau bersedia untuk tengok hasilnya ?


nahh...Seksi bukan?? Seksa doe

Nak bejalan pun payah, ni kan pulak berlari. Mule2 sapu dengan ubat gamat yg si Arm bagi, lepas tu terus gigihkan diri jumpe member baik aku si Haikal. Dah settle urusan tido rumah beliau. Beliau jage aku dengan baik malam tu, tip top. trimass bro...gua hargai sangat2. lu memang rare

p/s: luka di kaki memang sakit, luka di hati  jauh lebih perit...kau tak faham?? bebal !!! ok bye :P

Jumaat, 12 Disember 2014

Peniaga, Berhenti Menghina Orang Makan Gaji

 gambar hiasan je ni
Salam,

korang perasan tak, tak tahu lah kalau korang tak perasan sebab aku perasan. Kat FB aku melambak dan boleh kate selalu ade SEGELINTIR golongan peniaga atau kononnye businessman yang menggunakan ayat2 yang tak Rare untuk dibace. Antarenye ade yang menyamakan orang yang makan gaji sebagai hamba, kuli, pemalas,  memperbodohkan diri bekerja bawah orang, sampai bila nak jadi kuli, sampai tua tak kaya-kaya, buang duit belajar tinggi2, bla bla bla...banyak lagi

ok. kau kaye..so?? ok abang abang kakak kakak yang suke post2 bende2 macam tu, Aku tau kau tengah sangap nak cari duit, kau success, kau nak berniage tapi tak perlu post dengan cara begitu. aku lebih prefer ayat2 yang memberi motivasi, semangat bukannye yg menjatuhkan. Aku paham dan aku tahu sumber rezeki dan kekayaan terbesar adalah dengan Meniage. kami faham dengan living cost yang sangat tinggi sekarang makan gaji memang tak cukup. Semue orang tahu tu. Tak bermakne kami yang makan gaji ni bodoh. kami tahu. semua orang ade perancangan sendiri. Ada yang makan gaji dan dalam masa yg sama berniage juga termasuk aku. ada yang makan gaji kaya juga, tapi aku belum termasuk lagi dalam kategori nilah.  hahaha, 

Aku cuba ambil bende tu sebagai sesuatu yang positif dan cabaran. Setiap orang ada perancangan sendiri, plan dan strategi sendiri. Mungkin masa belum tiba. Mungkin ada yang makan gaji nak kumpul duit buat modal dulu. Ada yang nak cari pengalaman dulu, nak memahirkan diri dalam dokumentasi, perancangan dan perlaksanaan. Semua orang ada niat ke arah perniagaan. Nak berniga berniaga lah, duit kau, kau yang kaya tapi tak perlu menggunakan bahasa2 yang menjatuhkan golongan yang kalian anggap "kuli" ni. kami paham bende tu!! tak adelahlah sentap mane cume tak berkenan dengan konsep menjatuhkan kaum aku.

Aku pun sedang meniage juga, cume tak asyukk je lagik....hahaha. Satu hari nanti aku pun akan stop makan gaji dan buat perniagaan sendiri. cuma nak memantapkan diri dulu. Aku cakap ni untuk Segelintir je, bukan semua. kang semua peniage bamboo aku kat sini pulok. hahah

Maaf Mak, Apit Tak Dapat Bagi Mak Menantu






Salam, ha geng, nak tau tak ape cer, Mak aku dari taun lepas suruh aku kawen. Taun ni lagi lah die mendesak. Die nak sangat menantu perempuan. Nak nak pulak aku anak lelaki sulong. Mak pernah cakap "Sebelum den tutop mato, den nak menantu perempuan. Tak sonang idup den tengok anak-anak den tak kawen lagi. Den nak keluargo den berkembang". Nak nak pulak die cakap time die tengah sakit. kau sebagai anak, ape kau rase bile mak kau main ugut2 macam tu? pening kan!!! nak nak pulak aku lahir taun 1988 (kau congaklah sendiri berape umur aku sekarang :P), lagi berbulu lah die tengok aku tak kawin2. Tapi sempat lah die excited dan seronok bile ada bunga ikut aku balik rumah jumpe die sekali. tersengeh-sengeh lah die.

Mak, bukan anak mak ni tak laku. laku Mak, macam pisang cheese..HOT!! kalau tak, x kan lah sampai ade orang tanye mak nak buat den jadi menantu..hahaha mood Bongkak kejap.  Tapi mak, anak mak ni x ready lgi. Tak dapatlah nak bagi menantu taun ni, taun depan pun belum tentu lagi. postpone lah.

Mak, apit paham, tanggungjawab apit untuk buat mak bahagia. tapi mak bagi lah apit fokus pade kerjaye dan mase depan dulu. hidup dengan makan minum pun tungang langgang lagi. besok nak bagi anak orang makan ape? Apit tak nak jadi laki makan duit bini. malu, tak acheee...Besok nak jadi imam, dose die sume apit nak kene tanggung..**alasan!! boooo. ok serius. "Mak, apit minta maaf sebab tak dapat tunaikan hajat mak. Bagi apit mase. Ade jodoh ade lah. Takdir Tuhan. Jangan risau, anak mak sorang ni tetap akan nampak kacak dan mude walau umur dah 30 nanti. percayelah. :P"

jawapan mak aku ----->

Khamis, 11 Disember 2014

Aneh Bile Aku Kembali Menulis

Salam,

yup, memang aneh bile aku mule menconteng blog ni balik. berkurun lame blog ni x disentuh, hahaha sorry geng. bile tengok kat trafic, agak terkejut, masih ramai lagi yg follow and bace blog ni. Trimasss

"Kenape Menulis Balik? Bukan Kau Pemalas ke?"
Mungkin sebab banyak bende yg aku dah hadap, simpan, dan tak larat nk  pikir, jadi menulis mungkin jalan terbaik.

Menulis memang jiwe aku walaupun aku tak suke membace, apetah lagi nk bace novel, Big NO!! mungkin menulis boleh legekan sikit kepale kot...kau rase ??? aku rase, aku kebulor sekarang :P