Isnin, 24 Mac 2014

Kembali ke dunia blogger

YAHOOOO.....Aku kembali !!!!

Assalamualaikum...

Tak kesah korang nak cakap aku tak tetap pendirian ke ape ke , pegi lantak lah..hahahahha..perghhh rindu doe nak berblogging balik, rindu korang semue kengkawan blogger lame...last aku tinggalkan dunie blog ni pada 17.01.2012. skali lagi ye, 17.01.2012 dan kini 24.03.2014 aku kembali selepas 2 tahun lebih hidup secare low profile :P. aku undur diri di saat name aku tengah naik, name aku dijulang-julang. aku tinggal kan populariti ku seketike dan kononnye berjanji nak stop berblogging terus, tetapi akhirnye aku same macam artis lain yg kononnye nk berhenti berlakon tapi akhirnye berlakon semule lepas tak de duit nak makan.*** ade kaitan ke ??

Rindu nak menulis semule dan aku kembali mengambil risiko untuk menceritakan kepada dunie mengenai kisah hidup seorang jejaka yg berangan menjadi CEO tetapi hakikatnya jauh sekali. Dan insyallah, akan aku ceritekan secebis pengalaman aku sepanjang 2 tahun lebih menyepi dalam industri ini.

fyi, dah banyak kali fikir nak buka blog balik, tetapi ade kekangan masa dan memikirkan impak yg bakal berlaku bila menulis sesuatu cerita. Almaklumlah mata-mata sanak saudara, kenalan office & customer mungkin akan tertumpu semula kepada blog ni & aku kene bijak memahami sensitiviti dalam sesuatu entry. Kembalinya aku ke dalam industri ini disebabkan satu peristiwa yg berlaku, dan ingin aku ceritekan kepada umum terutamanya sahabat blogger & silent reader aku -> Aku cerite nanti je lah...karang panjang sangat pulak..

wasallam

2 ulasan:

Mahamahu berkata...

Class uncle syaf telah kembali mewarnai dunia blog kini.. Welcome bro and moga jadi blogger retis lepas ni ok.... Mahamahu sentiasa support gituwwwww

kasihsyurga berkata...

yeayy..uncle shaff mee goreng power da kembali...hehe