Rabu, 14 September 2011

Pengawas Sebat 20 Pelajar


BUTTERWORTH: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara (SPU) di sini, kesal dengan tindakan pengawas sekolah mereka yang mengambil alih kuasa guru disiplin dengan merotan mereka atas kesalahan merokok. pelajar terbabit mendakwa terpaksa tidur meniarap kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki dan belakang badan.

kejadian itu bermula apabila gelagat mereka menghisap rokok di luar kawasan sekolah dikesan pengawas kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu. mereka dipanggil ke sebuah bilik oleh empat pengawas ketika berada di asrama sekolah kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.“Kami diberitahu mengenai kesalahan merokok itu sebelum seorang daripada pengawas terbabit tiba-tiba merotan di kaki dan anggota badan kami.“Ada rakan saya ditumbuk sebelum seorang pengawas mengarahkan beberapa pelajar memakan tembakau rokok.

“Kejadian berlaku lebih sejam sebelum kami diarah masuk ke bilik asrama masing-masing. Pelajar berkenaan mendakwa dia disebat sekurang-kurangnya enam kali di kaki hingga terpaksa tidur meniarap kerana kesakitan.
Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan: