Khamis, 30 Jun 2011

Blogspot Bermasalah

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Salam,
Sorry geng lambat update,Blogspot problem hari ni, so tak boleh nk update ape2 pagi tadi. Btw, baru balik dari potong rambut. penat nih, tak de mood nk melucah disini. :(

Rabu, 29 Jun 2011

Nuffnang Blogger Sports Carnival with CityGolf

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Salam Geng,
yeah uncle dapat offer dari Nuffnang untuk join "Blogger Sports Carnival with CityGolf" dekat CityGolf, Bangsar Shopping Centre sabtu ni. Yang main golf dekat screen 3D tu, memang terbaik, nampaknye meraselah uncle jadi org kaye. ha3. main bende ni alah ni mahal gak kan, Trimass Nuffnang. yeah, jadi batak seketike. Pade sape yg pergi, jumpe kat sane wokeh :)


Btw, uncle sebenarnye stress. Sepatutnye uncle kene pergi Bahau this saturday cuz nk tengok Cousin uncle dapat baby baru. tak tahu nk p join golf ke nk pe tengok baby. tapi pikir balik baby boleh tengok next time kot, yang golf sekali je,...he3

Selasa, 28 Jun 2011

Siapakah Idola Anda

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Salam, halu geng....
Ahh, uncle diserang resdung daa... stress.com betol!! Btw, jom tengok siape idola uncle?

1. En. Roslan
Beliau ni Bos uncel sebelum ni, dah jadi CEO kat office uncle sekarang. ilmu tinggi dan hebat. Nak jadi macam beliau one day nanti. Dihormati & disegani kerane bakat, ilmu & pengalaman. oh yeah..


2. kak kiena kun
Minah ni uncle punye bos a.k.a PM. Suke share ilmu, experience & motivasi. Beliau jenis yg suke belajar and ambik exam yg high2 level. Dalam usie die 28 tahun die dah ade macam2 certificate tuuu.hebat



3. Abg Wan
my bestfriend, abg wan. banyak bagi ilmu, advice kat uncle. Sangat2 berjaye bagi uncle. 1st time dalam sejarah hidup uncle dengar orang kate "aku takkan cari kerje lain selagi company aku tak jadi sehebat company Maxis". wow, itu spirit yg patut ade kat semue orang kan.


Uncle nak jadi sehabat dieorang . So kene banyak kutip ilmu & blaja. kurangkan mase untuk melucah ngan member2 wat mase ni. next year insyaalah uncle plan nk sambung study. yeahhh!!!

Isnin, 27 Jun 2011

Flaming Steamboat, Sunway

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Salam geng,
uncle baru balik dari makan steamboat kat sunway, kenyang giler kot. tak sempat nk upload gambar. btw, sorry masih tak de kelapangan nk pergi mane2 blog. sorry banyak2 :)

btw, uncle nk share ayat yg agak interesting yg ditulis oleh office-mate kat wall FB beliau. "Jangan kau kata berniaga krn sunnah kalau khatib di mimbar kau masih berjual-beli. Jangan kau kata menyimpan janggut krn sunnah kalo dah berjanggut pun masih merokok di tepi kereta sedang khatib membaca khutbah."

WOW!!! fikir2kan lah :)

Aktiviti Kampung

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Salam geng,
tqvm pade korang yg doakan keselamatan uncle merempit balik kampung. yeah. btw geng, uncle balik kampung tak pergi mane2 pun. aktiviti mengecat rumah,mengupas kelape, mengemas stor, tolong abah buat simen,  pasang mozek lantai, (almaklumlah baru tambah bilik), bagi ayam makan dan macam2 lagik. buat kerje2 kampung ler.

Perghh...cikaro kampong doe..

Jumaat, 24 Jun 2011

Terima Kasih Geng

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Salam geng,
uncle nk cakap thank you so much kat follower2 baru & follower2 lame blog uncle syaf . Even uncle tak cukup mase nk datang blog korang tapi korang best giler, tetap lepak sini. pade silent reader uncle tqvm geng. pade yg yang sempat terjah vlog-vlog uncle dekat 1tube.my & youtube pun ribuan terima kasih geng. Korang Best!!! yeah, lagi terkejut bile dapat tahu ade Top Manager kat office uncle pun bace blog ni.. segan siot..ha3


 Uncle petang ni nak balik kampung da kat rembau, so doakan perjalanan uncle selamat ok. :)

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Khamis, 23 Jun 2011

Ibrahim Mengamok

Salam geng,
Last night Uncle bersihkan bilik Ibrahim, then die mengamok, melompat sampai jatuh kat lantai. Terluke badan beliau. Sengal, Ape kene anak daddy ni, nak je aku tangan kan si Ibrahim ni, nasib baik kau anak pungot.bebal. pade mane yang tak tahu, Ibrahim ni merupekan anak pungot uncle yang sulong, ade lagik ank2 yg lain, next time je uncle kenalkan k. 

Btw, Ibrahim baru dapat "godmama" yesterday iaitu untie Scha, member blogger uncle. g terjah blog beliau orite. baik budak ni, rajin melayan kerenah org tue macam aku ni ha,.ha3

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Rabu, 22 Jun 2011

Kenapa Saya Tidak Melanggan Astro

Salam geng,
topik Uncle hari ni, kenape saya tidak melanggan Astro. mudah sahaja jawapannye, YOUTUBE KAN ADE!!! oh yeah, semue rancangan yang best2 dalam astro ni akan ade je kat YouTube, contoh Maharaja lawak, Malam karang Live kat tv, besok pukul 7 pagi dah ade kat Youtube. See, cume tak dapat tengok live je. Astro punye cerite pun banyak yang kurang best sekarang, and repeat2 je, so malas nk membazir, dalam internet semuenye ade. yg membezakan cepat atau lambat je kau tengok. ha3

p/s: entry ini tak ade berbaur merasok org untuk tak gune astro ye, kau ade duit kau langan lah, aku miskin, tengok kat utube & 1tube sudah...ha3

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Menonton TV 3D boleh menjejaskan kesihatan

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Salam geng,
Tahukan korang semua bahawa menonton TV yang ada 3D boleh menyebabkan sakit kepale (dizzy / headache). Sangat berisiko kepada ibu yang mengandung, kanak-kanak dan orang dewasa. Actually, company Samsung sendiri mengaku pasal bende ni pada April  2010. Isu ini turut disebarkan di akhbar2 Barat. Berkemungkinan juga jika kita terlalu lama sangat  menonton 3D TV boleh menyebabkan penyakit2 sampingan.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Selasa, 21 Jun 2011

Belajar Itu Penting

Salam geng,
ow pukul 10 malam sudah.

Tengah memecahkan otak untuk study. Actually uncle bukan student, tapi saje study bende2 penting especially yg uncle belaja masa training hari tu. Sebab fikirkan nak berjaye one day nanti & buktikan pada makhluk2 perosak yg memandang rendah pada uncle & keluarga, so kene kerje keras.

sorry tak de mase sangat nak berjalan-jalan ke blog kengkawan. kot free nanti uncle singah kejap ye.


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Reunion PLKN Selepas 5 Tahun Tak Jumpe

Salam Geng,
Sorry uncle tak ade kelapangan untuk menerjah mane2 blog buat mase ni, busy sikit :), btw, last night uncle ade reunion kecil-kecilan bersame ngan member2 bekas PLKN, Dah 5 tahun tak jumpe. Al-kesah, member uncle dari genting datang sini sebab kene jage MCD Taipan Usj semalam. so ambik kesempatan untuk jumpe beliau dan dapat makan MCD Free sebab die Manager kat situ, ha3, best gilo.

uncle syaf daa...

mengajar dieorang buat gambar ini..ha3

 Sayalah pembunuh patong mcd ni yg baik hati
Happy gile dapat jumpe balik. yg penting makan free tu..ha3, lepas satu satu die bawak.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Isnin, 20 Jun 2011

Salman Ali Shariati

Salam,
Uncle sangat bangga dengan Salman Ali Shariati, 14 tahun (Tingkatan 2) yang mencipta banyak rekod dan sangat dikenali di luar negara terutamanya dalam sukan renang, basikal & larian. Lagi bangga bile uncle tengok the way budak ni cakap. so Confident dan bercakap macam orang yang dah berumur 20-an. Kagum. Tahniah pada Ibu Bapa Beliau.



Pencapaian Beliau

- 3 times Malaysia Book of Records in long distance swim 60km, 42km, 8.9km
- Double Ironman Triathlon distance 2008 (11 yrs old) 8km (swim) -340km (bike) -84km (run)
- 3 times Half Ironman Triathlon distance 2008-2010 (11-13 yrs old) - 2km (swim)-90km (bike)-20km (run)
- 4 times Olympic Triathlon Distance 2007-2010 (9-13 yrs old) 1.5km (swim)-40km (bike)-10km (run)
- 3 times Sprint Triathlon Distance 2008-2009 (9-12 yrs old) 750m (swim)-20km (bike)-5km (run)
- 4 times Sprint Duathlon Distance 2006-2010 (9-13 yrs old) 5km (run)-30km (bike)-5km (run)
- 6 times Half Marathon 21km run 2004-2010 (7-13 yrs old)
- 1.2 km swim from Damar Laut to Lumut 2004 (6 years old)
- ACS Primary School Ipoh Overall Champion and Best Swimmer 2007 & 2009


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Ahad, 19 Jun 2011

Gareja Terbesar Dibina Di Bukit Jalil , Calvary Convention Centre (CCC)

Salam, 
Gareja Terbesar sedang dibina di Bukit Jalil!! Sangat terkejut mulenye & tak percaya. But then, bile uncle lepak2 dekat Bukit Jalil, Uncle perasan Gareje tu memang sedang dalam pembinaan. Gareja ini dinamakan Calvary Convention Centre (CCC) dimana ia merupakan Gareja Terbesar Di Asia. Tempat bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club.

 Struktur Gareja bile dah siap nanti

Kos pembinaan antara 100 Juta ke 150 Juta, 600 000 kaki persegi, 6 Tingkat, boleh memuatkan 5 ribu orang dalam satu masa & antara tercanggih di dunia. Antara Aktiviti yg bakal dilakukan macam penganjuran Majlis antarabangsa, national konvensyen, jamuan, seminar, muzik & seni kreatif serta penyediaan latihan pendidikan & vokasional serta pembangunan rohani.

 Reka Bentuk Gareja Tersebut

 Dalam Pembinaan

 Dalam Pembinaan lagi

Khabarnye ade unsur2 Freemason & Illuminati
(mungkin secara kebetulan, betul ke x. aku x tau)

Uncle rase, suatu hari nanti negara ini akan kucar kacir disebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati terutamanya orang Islam. Kemungkinan akan berlaku bantahan, rusuhan & sebagainya. Dan Konsep satu Malaysia akan di "Angkat" oleh pengikut agama Kristian dengan Hujah "Masjid Besar di Putrajaya boleh dibina, Patung Buddha boleh dibina di Kelantan & kenape tidak Gareja? mana keadilan? mana konsep 1 Malaysia?". Hujah itu mungkin akan diguna pakai oleh mereka suatu hari nanti jika ada bantahan.

Mungkin Gareja ini akan menarik lebih pelancong luar untuk datang ke Malaysia tetapi Uncle sangat risau kalau berlakunye rusuhan besar-besaran kelak. Nanti memalukan negara & rosakkan keharmonian pulak. Diharap tak ade kekecohan yg berlaku nanti. Jadi apakah Solution nya? Apakah Cara yang boleh dibuat bagi mengelakan risiko ini berlaku? Hanya sekadar pendapat. Ape2 pun memang tak ade larangan untuk menganut mane2 agame.

Sorry kalau ade yg x suke sebab isu ini agak sensitif. Uncle harap semue pihak boleh terima dengan terbuka :). Uncle hanye risau kalau berlaku rusuhan & pergadohan disebabkan isu gereja ni je. Itu je.

(maaf entry ni panjang sikit)

Rujukan :-  

Khamis, 16 Jun 2011

Salam,
Jom tengok Vlog Terbaru Uncle







Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Laman Web Malaysia Kene Hack

Salam geng,
Banyak laman web Malaysia kene Hack, seronok gak tengok ayat2 dieorang nih, cool, dieorang memang RARE!!! Oh Yeah!! sebab ade kebenaran pada sesetengah kata2 mereka, tapi ade jugak yang tak cool. cis!!!

antara laman web yg kene hack

http://www.tourmalaysia.com.my/ - from Dragon Force Malaysia
http://penang.uitm.edu.my/ H3X4 Crew Rileks Crew
http://ezi2care.jkm.gov.my/

Dan banyak lagi...

BTW, pade Hacker sumue, dah dah le, jangan buat lagi. Ape2 pun Uncle Setuju sesetengah kate2 korang... Luahan Penggune :)

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Rabu, 15 Jun 2011

Blazin Squad Tersingkir Dari Showdown 2011

Salam Geng,
Sape tengok Showdown tadik. Blazin Squad Terkeluar da...sungguh kasihan. best kot. memang fight gile malam ni. Memang tak tau nk pilih sape TERBAIK!!!



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Concode Hotel

Salam geng,
Isnin & selase uncle ade training Project Management Processworks (PMP) dekat Concorde Hotel. Terbaik. Training ni baru lagi dan semakin popular. Kos training ni RM 1,750.00, office yg sponser.Ha3. Uncle pergi sorang je. Uncle orang paling mude yg attend training ni. yg lain semuenye 30 tahun keatas, dan ade macam certificate macam degree, master & PHD dll. rase bangge jugak. ha3, banyak Uncle belajar. best.

 Concorde Hotel

Ni kiteorang punye sifu, from India,
Terbaik

Ape2 pun makanan kat Hotel ni sangat WOW. macam2 ada, Tip Top dan ditanggung sepenuhnye. Breakfast, Lunch, dan minum petang yg WOW. oh yeaahh, Jom terjah ape yg Uncle melantak...

pembuke selera uncle mentedarah roti sandwich (turkey),
sotong, ikan salmon masak ape ntah and meat ball

Then, memuaskan nafsu makan sandwich, macam2 jenis meet uncle try,
lamb, ayam, lembu, then mushroom & sotong, mcm2 lagi,
semue rojak dalam satu pinggan

 Untuk Desert Uncle try kek, pastu menatang ape ntah ni
same sushi tanpa wasabi..oh Yeah!!

Makan petang Uncle try Cheese Coco Cake & Popia

Banyak lagi Uncle makan sebab Uncle suke makan...ha3, nanti Uncle share untuk 2nd day ape yg Uncle makan...ha3.

p/s: Kau pergi training ke pergi makan Uncle Syaf OIII!!! hahahah

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Selasa, 14 Jun 2011

Short Update #1

Salam geng,
uncle baru balik dari training, banyak bende nk cerite tapi badan penat gile. kalau larat kang uncle terjah blog korang, kalau tak besok je k, penat siot, kepale dah beputar putar macam gasing. Ingat nak tido kejap :)

rase nak tembak binatang
ni dengan bazooka...rubbish!!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Isnin, 13 Jun 2011

Vlog Pengguna DSLR Poyo

Salam geng, uncle tak tepati janji, tak sempat nk terjah blog korang, nak tido awal badan letih, besok nk kene gerak pagi. sorry :),

Btw, jom layan vlog terbaru Uncle pasal PENGGUNA CAMERA DSLR POYO? pendek je. ape2 pun sile jangan salah faham ape uncle cakapkan. kene tengok sampai habis baru faham. he3:)



nk tengok kat 1tube.my kat sini  http://1tube.my/xvideo/4991

p/s: sorry 1tube.my, tak boleh nk ambik html kat 1tube.my, tak tau nape..huhuhu

justin bieber kemalangan teruk

Jacket For Sales!

Salam geng,
pergh penat gile, baru balik dari training, serabot otak Uncle. Nanti Uncle Upload gambar besok ye,best gile. Malam kang baru uncle g terjah blog korang. Btw, Uncle nak promote sikit member blogger uncle si Jaja, wanita cute punye barang. Khas untuk awek awek sahaja.


FREE SIZE.VERY COMFY. FREE POSTAGE. RM40 ONLY.

RM 36 ONLY. VERY GOOD CONDITION. FITS S & M.
Sesiape yang berminat boleh add beliau dekat FB, fidentiti@yahoo.com.my atau pergi terjah blog beliau http://kickpushit.blogspot.com/ . Untuk brader2 kat luar sane nak belikan untuk awek pun boleh.

justin bieber kemalangan teruk

Hazama Juara AF9 (Tahniah)

Salam,
seperti yang dijangka, Hazama menjadi Juara untuk AF9 pada tahun ini. Tahniah pada hazama. Lagu baru beliau pun mantop gile, bertajuk Cinta Teragung. Hope jangan besar kepale lepas jadi Juare sudah. Suke style suare rock die. mantop.

Btw, besok uncle ade training dekat Concorde Hotel K.L, Management Training. Arghh mintak2 boleh bangon pagi besok. Tolong kejutkan uncle. :p

justin bieber kemalangan teruk

Jumaat, 10 Jun 2011

KL Gengster

Salam geng,
Semalam Uncle pergi tengok KL Gengster. TERABAIK!!! Uncle Bagi 4.8 Bintang. sikit je lagi nak 5. He3, Filem Aksi pertama Malaysia yg buat uncle rase WOW!! Action die terbaik gile, Tahniah pada Syamsul yusuf. Memang ok, Semue Watak Hidup, masing2 berjaya bawak watak. Banyak gile aksi die. sangat hebat & plot cite die sangat2 berbeza.

Si Zizan Memang lawak, Si aron aziz memang dasyat bertumbok, si adi putra nampak kebencian dalam diri die, si syamsul, nampak palat die jadi orang jahat, si sufi sangat terbaik, ..ahh semue OK, So pergi lah tonoto. Tak Rugi!!!


p/s: Uncle tak sempat nk terjah blog korang, uncle nk pegi Kajang sat lagi.

justin bieber kemalangan teruk 

Khamis, 9 Jun 2011

Segmen mengejut dari Kotak Bulat

justin bieber kemalangan teruk

Salam Geng, uncle nk join kontest dari blog kotak bulat

 yg tinggi name kamal, yg gemok name daniel.

daniel: ko ni bebal ke ape main2 bakar nuget ni?
kamal: ala, gua nk mengimbau kenangan zaman masuk puteri islam dulu..
daniel: saya nak cocok mate kau dengan jari saya sekarang jugak.
kamal: cocok lah, gua habiskan nuget ni, lu dah lah gemok, pendek, pakai baju pinjam.
daniel: (tunduk dengan rase malu) Nuget ni 20sen satu kan?Bagi 2 ketol.
kamal: oh sayangku. Lu ingat ni zaman jepun ke 20 sen satu. lu ni memang bebal. dasar org kampung.
pak daniel: ok peace, saya nak kentot dekat muke kau laju2 sekarang.

 Nak join senang je...

1. Buat entry bertajuk. "Segmen mengejut dari Kotak Bulat" 2. letak gambar di atas. 3. Buat dialog atau cerita yang kreatif. 4. Linkkan ke entri ini dan tinggalkan komen di bawah.

tarikh tutup, 15/6/2011

Blogger Semakin Maju

Salam,
Uncle nak ucapkan Tahniah kepade blogger2 sekarang yang semakin bijak menulis entry. Tulis pendek, padat & senang nak bace. Cool, baru sedap nak bace :)



justin bieber kemalangan teruk

Dapur Terbakar

Salam geng,
Jam menunjukkan 3:54 pagi. orang lain sibok buat kuak lentang & taik mate, uncle sebok study document office. arghh tidakkk..

Tadi Uncle lapar, cari bende dalam peti ais untuk dimakan, semue tak ade, so uncle goreng kentang je. Boleh pulak terlupe tutup dapur gas. Time uncle sebok membace, tetibe mate pedih giler, toleh belakang...Ahhh dapur ku berasap. kalau bapak uncle tau ni, die pelangakung uncle dengan kuali tu kuat2. nasib baik tak terbakar. Minyak die jadi hitam gile kot. ha3, ni lah di ragam orang bujang.

justin bieber kemalangan teruk

Tak Sempat Terjah

Salam geng,
Hai dah tengah malam ni,pukul 0:43 a.m, mate tak ngantok lagi, korang buat ape tu? Pade sesiape blog yang uncle tak sempat nk terjah tu mintak ampun ye, tak sempat kot, busy sikit...he3, ape2 pun tqvm sebab sokong blog ni :)

justin bieber kemalangan teruk

Rabu, 8 Jun 2011

Percutian Di Kuantan #2

Salam geng,
seperti dijanjikan Uncle nak show gambar2 Uncle mase pergi kuantan hari tu.. Actually purpose utama kiteorang kesane nak pergi tengok member kawin. so Jom layan.

Serabai sungguh daku

Bro Wan, Penghulu Kami

melepak kedai makan,
sempat minum lagi even kat depan tu dewan pengantin
Datin Wanna Be & Faizal Tahir Wanna Be

Pengantin

p/s: Nantikan Episod akan datang

justin bieber kemalangan teruk

Selasa, 7 Jun 2011

Tidak Suka Membaca

justin bieber kemalangan teruk

Salam geng,
Uncle kat office ni. Bajet hari ni rajin nak godek2 file pasal Management Process & Procedure, tapi baru bace page 3, dah ting tong. ha3. Uncle memang jenis yang tak suke membace. So nak tak nak, kene bace and godek2 jugak malam karang atau besok sebab related dengan scope kerje. ahhhh Tidak!!! rase nak debik muke mak cik jual kuih kat bawah tu laju.

 I hate Reading!!

Melepak dengan Boss

Salam geng,
semalam uncle lepak2 dengan Big Boss Uncle, En. Rahmat kat office beliau. Wow, banyak bende die sharing, bagi nasihat & tips kat uncle untuk berjaye especially dalam kerja2 projek & bidang management. Jom uncle sharekan sikit.

* Sometimes kene buat silap baru u boleh belajar.
* kene banyak bace buku especially yg related dengan kerje.
* Kene ambik tahu bende2 yang kite tak minat sebab ramai orang minat. eg. Economi
* Yang penting planning, communication, managing & last sekali Controlling.
* Banyak lagi. malas nak tulis :p


justin bieber kemalangan teruk